Tuesday, May 30, 2006

heheheh ini aku rembat dr bog sahabat ..ini perjalanan dia ..aku ini berjalan aja...sahabat izinkan aku rembat kor punyer ..coretan..buat renungan aku ini...:-)

http://aku-diri.blogspot.com

Monday, May 15, 2006
Perjalananku
Salam sejahtera ke atas kalian...

Ila hadratin nabbiyill mustofa,rasulullah hi salallah hu alaihi wassalam wa'ala alihi wasahbihi kirami syaiul lillah hil fatihah.. (al-fatihah)....

Hari ni aku cuba lah bina blog sendiri,asyik dok intai blog org jer teringin gak nak cuba2. Ntah apa rupa pun aku tak tahu, kalau nampak cacat jer jgn lah korang ngutuk plak, budak baru blajar lah katakan. Tapi hari ni aku tak punya byk masa nak karang cerita,cukup rasanya sekadar kisah ringkas tentang diri aku. Nama blog aku pun 'perjalanan',jadi korang pun dapat agak lah rasanya,memang aku ingin sgt tahu tentang 'perjalanan' ya..perjalanan aku dari alam sana hingga Allah Taala campakkan aku dari 'syurganya' ke dunia yg penuh cela ini, aku harus mencari alasan paling kukuh kenapa Dia harus kirimkan aku ke sini. Aku juga ingin tahu bagaimana aku ingin 'kembali' ke hadratNya dengan sebaik2 kedudukan di sisiNya.

Demi Allah...aku mengaku bahawa selama ini Islam aku hanya pada keturunan, kedua org tua aku Islam maka aku juga Islam, tapi tidak pernah aku ingin mencari kebenaran Islam itu sendiri, orang lain solat aku pun solat, orang lain puasa aku puasa walaupun banyak juga yang aku 'langgar', aku hanya mampu menurut tanpa mengerti. Namun perancanganNya cukup teliti, Dia bukakan aku lorong untuk aku memulai 'perjalanan' ini, pastinya Dia telah temukan aku dengan 'seseorang' yang telah lebih dahulu menemui jalanNya, yang bisa merungkaikan apa jua persoalan tentang tentang kejadian 'manusia' . ''KENAL DIRIMU RATA-RATA,BARU KENAL ALLAH YANG NYATA''.

Dulu aku juga ada mengaji kitab, Minhajul Abidin,Sirrul Salikin, Al-Hikam. Aku juga mengikut Tariqat (tak perlulah aku sebut Tariqat tersebut), ada wirid2 dan zikir2 yang aku amalkan. Namun ternyata belum cukup untuk menampung 'serakahku' tentang ilmu. Alhamdulillah kini aku benar2 yakin akan ilmuNya yg tidak terbatas, biar aku kongsikan dengan kalian..hanya ada satu jalan sahaja untuk manusia terus merentasi lautan ilmu Allah ini tanpa batasan, iaitu jangan berhenti bertanya 'Kenapa'??. Jangan takut untuk bertanya tentang apa jua persoalan, kalian harus yakin, Dia yang hadirkan soalan maka pasti Dia akan sediakan jawapan. Aku tidak takut untuk bertanya, apa benarkah Adam a.s itu manusia pertama,jika benar mungkinkah Nabi serta Rasul kita yang satu ini pernah hidup di dalam gua,dengan kehidupan primitif,tanpa tamadun ?? Masakan Rasul kita begitu primitif?? Akhirnya aku ketemu jawapan sebenarnya, barulah aku benar yakin dan mengerti siapa itu Adam yg sebenarnya,maaf jika aku katakan Adam yg kalian kenal belum tentu sama dengan Adam yang aku kenal.

Mungkin ada yang ragu untuk bertanya kenapa Allah jadikan manusia berbangsa2,berbagai agama, berpuak2. Dengan izinNya jua ada manusia jahat ada manusia baik, dan yg jahat bila kembali nanti sudah pasti Neraka yang menanti... aku harus masuk neraka atas kejahatan yg Dia izinkan?? Mana keadilanMu ya Rabb??...namun ternyata aku masih ketemu jawapan, jawapan yang benar2 memberikan aku keyakinan bahawa Allah Taala memang adil, nah sekarang pendirian aku tentang keadilan Allah Taala tak mungkin bergoyang lagi.

Ternyata banyak lagi persoalan2 yang selama ini ramai yang 'ngeri' untuk persoalkan , bagi mereka usah persoalkan apa yang telah Allah rencanakan. Nah..ternyata dalam tak sedar mereka telah berkata ''begitu sempit ilmuMu ya Allah, hinggakan aku tak bisa tahu mengapa Kau jadikan sesuatu itu''. Ingin aku katakan, pada manusia Allah Taala itu berada pada makam 'Asbab', ''Tidak aku jadikan seluruh alam ini serta isinya melainkan kerana engkau Ya Muhammad''. Sesungguhnya kebesaran Allah tidak perlu kepada sebab untuk menjadikan sesuatu, namun akal manusia amat terbatas..ia harus melihat sebab untuk sesuatu itu berlaku dan sesungguhnya 'sebab' inilah permulaan bagi perjalanan ilmu. Kalau aku guna bahasa mudah, siapa lagi yang harus mengkaji ilmu Allah ini kalau bukan kita manusia, masakan kita nak harapkan malaikat..dia tidak berakal. Jadi lebih baik jangan jadi manusia jika takut untuk menggunakan akal.

Tak perlu rasanya aku ceritakan jatuh bangun aku dalam 'perjalanan' mencari kebenaran ini, cukup sekadar aku berkongsi cerita dengan kalian, Bermulanya perjalanan setiap hamba yang mengaku diri mereka itu Islam itu seharusnya lah sebagaimana bermulanya perjalanan Baginda Rasul,namun aku pasti terlalu ramai yg jadi keliru tentang perjalanan Baginda Rasul itu sendiri. Kita sering jadi manusia yang senantiasa hidup dalam angan2. Jika aku bertanya bagaimanakah Allah itu?? Bagaimanakah Malaikat itu?? Bagaimanakah syaitan serta iblis itu?? Maka kita akan mula berimaginasi...itulah angan2 namanya. Allah Taala bukan angan2,malaikat2Nya bukan angan2.. Islam bukan agama angan2, namun akan ramai yang mula berdalih..cuba untuk menipu diri sendiri, baik...jika manusia tidak berimaginasi, ke mana pusat fikiran mereka ketika solat? Berapa ramai yang mampu untuk 'karam' di dalam solatnya sebagaimana 'karamnya' Abu Bakar As-Siddiq?? Ahhh..itu Abu Bakar sahabat Rasul..manusia pilihan, apa Abu Bakar itu bukan manusia seperti kita? Jika kita bukan pilihan mana mungkin kita hadir ke dunia ini? Kita sudah di pilih,cuma kita lebih suka hidup dalam anganan. Belum tiba 'bahagian' itu untuk kita.

Tidak salah kiranya kita membuka kitab2 karangan Al-Ghazali,Syeikh Abdul Qadir Jailani dan sebagainya sebagai rujukan, namun kita harus faham mereka mengarang kitab itu atas kefahaman mereka tentang perjalanan mereka bermakna itu 'haq' mereka. Bagaimana 'haq' kita? Mungkinkah ada jalannya untuk kita mencari haq kita tanpa merujuk kepada kitab2 tersebut? Jawapannya ada. Wahh ini sesuatu yang menarik. Pasti ramai yang takut 'tersesat' jalan...bagi aku, jika Dia ingin sesatkan aku dalam perjalanan aku mencariNya aku redho. Tapi aku yakin selagi jalan Baginda Rasul yang aku tempuh aku tidak mungkin tersesat, apa itu jalan Baginda Rasul?? Mungkin ada yang berkata Al-Quran dan Sunnahnya, namun bagi aku aku harus memulai sebelum itu. Aku harus bermula sebagaimana Baginda Rasul bermula sebab Baginda Rasul itu contoh. Baginda Rasul bermula tanpa Al-Quran tanpa Sunnah, mungkin tak ramai yang bersetuju denganku.Bukankah kita sudah ada Al-Quran dan Sunnahnya untuk pedoman?? Maafkan aku ya,ramai yang cuba mengikut sunnah dengan menyimpan janggut sejemput,berserban berjubah...tapi hati penuh noda. Hati penuh curiga, penuh hasad dengki. Dan yang paling menakutkan ada yang berkuliah tentang Allah,tentang ZatNya sedangkan mereka sendiri tidak pernah bertemu akan Allah. Tidakkah mereka itu sedang berdusta.

Bukan sedikit yang akan tergagap2 bila ada yang bertanya,bagaimana Baginda Rasul bersembahyang sebelum israk-mikraj?? Adakah baginda bersembahyang?? Sedangkan ketika itu ibadat sembahyang belum 'diambil'. Jadi macam mana ya??? Maka akan datanglah berbagai versi jawapan...??!!!??@###

Sebelum 'di lantik' menjadi Rasul, baginda hanya berbekalkan budi dan akhlak yang maha tinggi. Tiada apa yang lebih dari itu. Hinggakan Baginda menempuh satu keadaan 'bercelaru' lantas Baginda menyendiri di gua mencari ketenangan,ketika itu datanglah 'Jibril' memerintahkan baginda membaca 'Iqra'...bacalah...(aku tidak tahu membaca)...bacalah (aku tidak tahu membaca)...bacalah.. jika kita renung kembali...apa yang di maksudkan dengan 'bacalah' itu,maka kita akan bertemu dengan jawapan bagaimana Baginda Rasul memulakan 'perjalanan' Baginda, perjalanan Baginda bermula dengan merenung kejadian diri Baginda sendiri (Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.....), maka maksud bacalah di sini adalah 'Renungkan lah', bukanlah membaca tulisan2.

Maka dari situ aku mula faham bahawa aku juga harus bermula dengan mencari asal kejadian diri, syukur Ya Rabb..Engkau telah temukan aku denga seseorang yang bisa tunjukkkan jalan mengenal diri.Biarlah ramai yang mengatakan kami golongan 'songsang' namun aku mengerti aku tidak mungkin meminjam iman yang ada di dalam dada Al-Ghazali ,Syeikh Abdul Qadir Jailani hatta iman yang ada di dalam dada Baginda Rasul tidak mungkin aku pinjam untuk aku letakkan di 'dadaku'. Firman Allah Taala ''Sesungguhnya tiada kekhuatiran di hati para waliKU''.

Rasanya cukup setakat ini untuk kali ni, salamzzz....
posted by aku_diri at 2:48 AM

Monday, May 22, 2006

Puisikarya Bung Johar

Nafs

antara kita selalu saja ada pertengkaran dan permusuhan yang membuat kita tak pernah mahu bersahabat walau kau tetap mengikuti jejakku dari lembah ke lembah, dari bukit ke bukit, dari sungai ke sungai, dari titik ke titik, dari huruf ke huruf kau menyihirku dengan impian-impianmu yang sudah berjuta-juta tahun silamnya semenjak syurga ditinggalkan Adam dan Hawa kerna kau juga yang turut menjebak mereka memakan buah pohon terlarang itu. kau hanya berpura-pura saja ketika maujud di rumah perahu ini kerna antara kita memang tiadanya tersemai rasa cinta sejak azali dan awali kau diciptakan dari anasir api yang amat panas bertenaga mendidihkan wap bumi hingga membuih ketulan-ketulan asap dengki kasmaran. ah, sia-sia saja kau membenturkan suara air di tengah ruang sunyi atmosfir kerna benih-benih dendam yang pernah kautanami dalam setiap inci lubang langit tak bisa ditutupi lagi oleh hakikat wajahmu atas nama alasan ‘aku adalah aku, Kau adalah Kau’. biar pun kau tak pernah mahu menoleh ke arah pintu kematian itu tapi kau masih terhukum jua di sel-sel penjara kematian dan terus berpindah-randah dari mayat ke mayat demi kecemburuanmu enggan membebaskan aku dari takluk hukum-hakam. sudah jelas antara kita tak mungkin adanya persamaan budi kerna Rabb tidak menciptakan barang berwujud dan hanya Dialah saja Zat wajibal wujud dalam zikir sirr hakikatku yang senantiasa kutaati perintahNya maka aku harus mencari penghidupanku yang sebenar dan keluar dari kasus kuburmu yang berupa darah, tulang-belulang, urat nadi, daging dan otak yang menjenterai berahimu di singgahsana istana khayalan. beribu-ribu abad lamanya kau terseksa dalam larut nyala lidah api sebelum Adam dibentuk dari saripati tanah kerna kau mahu disembah dari sekalian penyembah dan enggan menyembah kepada yang Haq disembah atas pengakuanmu adanya dua wujud ‘aku adalah aku, Kau adalah Kau’ maka kau sanggup durhaka untuk tidak berbai’ah kepada Adam. jika tidak kepada Adam kepada siapakah Rabb akan mentajallikan DiriNya sebagai Kanzun Mahfiyyan ‘Akulah yang Awal Akulah yang Akhir, Akulah yang Zahir Akulah yang Bathin?, Adam hanyalah titik terang yang terpercik dari KalamKu di balik alam al-ama’ yang penuh kegelapan maka sujudlah kepada Adam demi perintahKu yang diturunkan dari Al-Rahman ke Loh Mah Fudz ke relung sukma Adam dan usahlah kau halang keluar-masuk nafasku kerna aku harus kembali memulangkan amanahNya kepada Zat, Sifat, Asma’, Af’al walaupun kau mendakwa yang memancut kesyuhudanku dari tulang sulbi ke alam mulki selama diam bersuluk dalam wadi, mani, manikam. ah, usah kau menyihirku dengan kilau warna-warni itu kerna kutahu asal-usulku berada pada titik yang belum tercipta segala yang maujud akulah jauhar dalam ‘ayan thabitah itu sirr fil sirr!



Puisikarya Bung Johar

Sunday, May 14, 2006

Pemaparan Urusan Ghaibi
Apabila lalat tercebur dalam madu, semua anggota badannya kaku dan tidak bergerak lagi. Begitulah juga keadaannya ISTIGHRAQ yang bermaksud lenyap atau bersatu dengan Tuhan. Jika anda mahu gelarkan fana pun itulah yang dimaksudkan. Gunakan apa istilah sahaja yang anda suka seperti Ittihad atau Hulul atau Jami' atau Sakr atau Wahdatul Wujud atau lain-lain istilah lagi, kesemuanya adalah merujuk kepada atau sebagai ingin memaksudkan tidak ada kesedaran wujudnya sendiri dan tidak ada daya usaha dan geraknya sendiri. Tindakan yang dilakukan bukan tindakannya sendiri. Perkataan yang terluncur keluar bukanlah atas kehendaknya sendiri. Dia sedang tenggelam dalam lautan keesaan Tuhan.
Sekiranya ia diibaratkan masih tercungap-cungap dalam air dan berteriak, "Oh, aku tenggelam!!!" maka itu menunjukkan ia belum bersatu dengan Tuhan. Orang yang Istighraq saja yang tahu maksud kata-kata "Anal-Haqq".
Orang yang tidak mengerti mungkin menyangka kata-kata itu keterlaluan dan membesarkan diri. Malah ada lagi yang lebih tidak mengerti akan mengatakan kata-kata itu ada sesat atau kafir. Padahal mengatakan "Anal-abd" (Akulah hamba iaitu hamba Tuhan) itulah yang menyombong dan membesarkan diri. Mengatakan "Anal-Haqq" itulah penyataan yang paling merendah diri dan menundukkan diri di Hadrat Tuhan.
Orang yang mengatakan "Anal-abd" mengisbatkan dua wujud iaitu Wujud Tuhan dan wujudnya sendiri.
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah dan menafikan wujudnya sendiri. Dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah Yang Esa. Itulah sebabnya ia berkata, "Anal-Haqq" yang bererti "Aku tidak ada apa-apa. Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala dan Maha Wujud". Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri, paling menundukkan diri, paling sujud kepada Yang Esa, hingga diri sendiri tidak wujud.
Jadi kenapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak ada pengetahuan mengenainya?. Bukankah erti zholim itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada haknya(tempatnya)?. Kamu zholim kerana kamu menuduh mereka sesat, kamu zholim kerana kamu telah meletakkan kemuliaan Aulia Allah, kekasih Allah, penzhohiran Allah ditempat yang tidak sepatutnya.
Ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu yang perolehi dari kitab-kitab atau mulut-mulut manusia. Kamu tidak memiliki ilmu-ilmu seperti yang mereka miliki malah mereka memiliki sesuatu yang ada padamu dan sesautu yang tidak ada padamu. Ini adalah kerana ilmu mereka di ambil terus dari Tuhan. Apabila mereka berkata mereka berkata dengan Kalam Tuhan tetapi apabila kamu berkata, kamu hanya mengajuk-ngajuk percakapan orang lain atau atas dorongan keegoan nafsumu.
Sedarlah bahawa pengetahuan, khayal dan kefahaman anda adalah ibarat kuda kayu yang ditunggangi oleh anak-anak untuk mainan. Ilmu orang keruhanian meninggikan peribadinya. Ilmu orang biasa jadi beban kepadanya. Allah berfirman: "seperti keldai yang membawa kitab".
Beratlah ilmu yang tidak diilhamkan olehnya, tetapi jika anda bawa ilmu bukan untuk kepentingan sendiri, beban itu akan diringankan dan anda akan senang. Bagaimana anda boleh bebas jika tidak mabuk dengan dia???.
Wahai anda yang berpuas hati dengan tanda-tandanya saja. Dari sifat dan nama apa yang lahir? khayal semata-mata. Tetapi khayal menunjuki jalan ke Hakikat. Adakah sebarang nama tanpa yang dinama?
Naiklah melampaui nama dan huruf. Jadikan dirimu suci bersih dan lihatlah dalam hatimu semua ilmu Nabi-nabi. Tanpa kitab tanpa belajar dan tanpa guru.
Belajarlah dari bawah ilmu-ilmu mereka, kenalilah dahulu hal-ahwal ilmu-ilmu mereka nescaya kamu akan mengerti maksud isyarat Imam Ghazalii;
Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).
Kamu jua akan memahami kata-kata Jalaludin Rumi;
Ruh dihembuskan pada tanah liat. Dia zhohir ke dunia dalam tanah liat yang dibentuk. Dia jadi Nuh dan masuk ke bahtera. Dengan doanya bumi banjir.
Dia jadi Ibrahim dan masuk ke dalam api. Api jadi sejuk dan tidak membakar.
Kemudian dia jadi Isa, naik ke langit dan memuji TuhanNya. Pendeknya Dialah yang datang dan pergi dalam setiap generasi. Akhirnya Dia zhohir dalam bentuk orang Arab dan menjadi penakluk kerajaan dunia. Dia jadi pedang di tangan Ali. Dialah juga yang meneriakkan "Ana al-Haq" dalam bentuk manusia. Yang naik ke tempat pembunuhan itu bukan Mansur Al-Hallaj sebagaimana sangka si bodoh.
Jalaludin Rumi tidak pernah berbohong. Percayalah kepadanya.
Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Inilah sebahagian daripada pemaparan Urusan Ghoibi(Wahyu) dari firman Allah;
'Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)

sumber oleh suluk98