Saturday, November 18, 2006

Simerahsilu dengan MIM..

Khazanah ini walaupun sederhana- Hayatilah dengan kesungguhan Ha Ta Ya.

heheeh ini dari yang aku temui di Forum CVT... http://www.harmonisers.net...dr merahsilu... cerita tentang MIM..MIM? pesan untuk diri ku ..pandang kepada yang banyak kembali kpd yang satu , pandang yang satu kembali kepada yang banyak..hayatilah dengan kesunguhaan Ha Ta Ya...ini jalan simerahsilu ..jalan aku sepertimana pula?

quote
Mim...

Tapi adakah kita berpegang pada mim itu sekarang, Muhammad? Apakah yang dikatakan berpegang pada mim jika sesetengah pengajian mengaitkan Qarin (kembar setiap manusia yang berbangsa jin) dikatakan sebagai roh yang berjalan malah ada yang berani kata itulah Muhammad yang berada dalam diri kita?

Biar saya beri apa yang saya tahu...

Kekuatan bangsa Melayu dalam mim ini terletak kepada penerimaan Tasawuf sejati berdaulat (bukan tempias mengarut yang diamalkan dalam sesetengah perguruan) dari peribadi-peribada zat mulia Ahlul Bait yang lari dari Timur Tengah akibat pergolakan politik dan diburu Bani Umaiyah juga Bani Abbasiyah lalu diterima oleh penduduk tempatan di Nusantara (baca balik beberapa sedutan buku "Berpetualang ke Aceh" yang saya post di CVT). Maka bangsa Melayu juga mendapat berkat naungan langit atas sebab memuliakan haq keluarga Nabi yang tersirat dalam setiap salawat terhadap Nabi - Allahumasaliala Muhammad wa ala ali Muhammad.

Perhatikan, macamana sekali pun selawat, selawat shifa ke apa ke, mesti ada perkata ALI MUHAMMAD atau ALI SAIDINA MUHAMMAD... yang ditujukan kepada anak cucu zuriat Nabi...

Ini juga terkandung dalam tahyat akhir: Berkatilah keluarga Muhammad seperti mana Engkau berkati keluarga Ibrahim...

Fahamilah ini... Tunjang kekuatan Melayu yang mulai penghujung abad ke 18 banyak dirosakkan Fahaman Wahabi yang mengaku Salafi, kerana mengtahyulkan perkara-perkara yang memuliakan Zat Muhammad seperti sambutan Maulidur Rasul

Pernah tengok logo asal PEKEMBAR atau UMNO yang dibuat tahun 1946. Carilah kalau dapat...

Logo tengah masih macam sekarang, ada huruf Fa, Kaf, Mim, Ba, Ro dengan lambang keris kiri-kanan terselit...

Yang hilang bahagian luar yang di kelilingi lima nama keramat iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan, Hussin dan perkataan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA".

Sekarang perkataan-perkataan ini dah lama hilang. PEKEMBAR pula terus dipanggil dengan nama Mat Salehnya UMNO (United Malays National Organisation)...

Bahasa jiwa bangsa... Jadi kita ni jiwa apa? Sedangkan pertubuhan paling besar mewakili bangsa Melayu dipanggil dengan nama dalam bahasa penjajah? Apalagi nak bercerita tentang kekuatan bangsa Melayu dari mim sedangkan anak cucu mim tidak lagi dilayan?

http://merahsilu.blogspot.com