GERAK DAN LAKU
Khazanah ini walaupun sederhana- Hayatilah dengan kesungguhan Ha Ta Ya.
Kelmarin kutemui lg satu website http://www.menjaro.com - layarilah mudah-mudah ada manfaatnya..ini khazanah yg kuambil...rungkailah intipatinya ..
1. MEDITASI ZIKIR
Kelemahan sekaligus kekuatan manusia adalah fikirannya, mind - nya. Mind manusia merupakan alat perakam yang super canggih. Sesuatu yang terakam pada pita Mind tidak mudah di hapuskan begitu sahaja. Selanjutnya rakaman itulah yang mempengaruhi kualiti kehidupan apabila yang terakam adalah," Aku lahir dalam dosa, aku mati dalam dosa, maka dosalah yang mewarnai kehidupan anda. Apabila yang terakam adalah aku lahir dalam kasih, aku mati dalam kasih", maka kasihlah yang mewarnai kehidupan anda.
Anda boleh memilih sesuatu yang hidup, sesuatu yang dinamis, sesuatu yang berwarna atau sesuatu yang mati. Pilihan ditangan anda sepenuhnya. Apabila anda sedar, anda dapat memilih sesuatu yang cerah apabila anda tidak sedar anda akan memilih sesuatu yang kelam.
Perhatikan keupayaan iklan untuk mempengaruhi mind anda. Setiap hari anda dihidangkan dengan," Minuman Tongkat Ali" atau "Minuman Kacip Fatimah," atau setiap hari ada yang berusaha untuk meyakinkan anda bahawa "Viagra" dapat mengembalikan kejantanan anda. Kemudian anda mula mempercayai mereka. Seorang Paranormal mengatakan anda akan jatuh sakit bukannya ramalannya benar justeru anda menyakini ramalanya.
Saya pernah mengatakan demikian sewaktu mengadakan kursus di Selatan tanah air kepada seorang teman. Ia memberontak, " oh tidak begitu. Sewaktu saya ketempatnya saya tidak mempercayainya ." Saya mengatakan kembali" lantas kenapa kamu pergi ketempatnya?" Ia menjelaskan saya di hantar oleh seorang teman , dialah yang memaksa saya". ….emm boleh di paksa ke ? Siapa yang boleh memaksakan kamu, kalau bawah sedar mu tidak ada keinginan untuk menemui peramal / paranormal itu? Ada yang memaksa kamu membunuh orang, apakah kamu akan membunuh? Apa bila anda boleh di paksa, ketahuilah bahawa sebenarnya anda "mahu dipaksa". Tanpa kemahuan dari dalam diri sendiri tidak seorang pun dapat memaksa anda.
Selama ini, kita mempercayai " ketidak berdayaan diri ". Sebab itulah kita sangat tidak berdaya. Saya ingin mengajak anda untuk memberdaya diri mulai dari sekarang, saat ini juga!
Sekarang jiwa anda perlu di isi, isilah dengan sesuatu yang bermakna, yang berharga, yang bernilai tinggi. Pada satu ketika nanti terjadilah peleburan dalam kemulianya. Anda tidak memerlukan yang lain selain darinya. Sekarang isilah diri anda dengan Asmaaq Allah.
Carilah Muhammad SAW - RatuKama.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home